Thursday, December 23, 2010

wajib ada tanda MC

Pastikan permainan kanak-kanak mempunyai logo MC

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengingatkan orang ramai untuk memastikan barang permainan kanak-kanak yang dibeli mempunyai nombor rujukan Perakuan Kelulusan (COC), selain mempunyai logo Pematuhan Malaysia (MC).

Timbalan Menterinya, Datuk Tan Lian Hoe berkata, mainan yang tidak mempunyai cop tersebut dikhuatiri akan mengundang bahaya kepada kanak-kanak kerana tidak melalui prosedur pemeriksaan keselamatan oleh kementerian.

"Peraturan itu selaras dengan piawaian keselamatan kanak-kanak di bawah Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna 2009 dan 2010 yang mewajibkan mainan baru dikilangkan atau diimport supaya didaftarkan.

"Penguatkuasaan standard mandatori bagi mainan kanak-kanak merupakan inisiatif kementerian untuk meningkatkan keselamatan dan kualiti barangan yang dibekalkan oleh pihak industri di samping memastikan kepentingan pengguna terpelihara," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Keselamatan Barang Pengguna 2010 di sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.

Lian Hoe berkata, peraturan tersebut telah mula berkuat kuasa mulai 1 Ogos lalu bagi semua barang permainan yang terdapat di pasaran tanpa mengira sama ada permainan itu sedang dijual atau akan dijual.

Jelasnya, penguatkuasaan barang mainan yang sedia ada di pasaran diberikan lanjutan tempoh masa selama enam bulan supaya pihak industri memeriksa dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Justeru, mulai 1 Februari 2011 kami akan jalankan operasi secara lebih agresif agar memastikan semua mainan mempunyai cop MC tersebut," katanya.

Tambah beliau lagi, di Malaysia terdapat 199 juta unit mainan di pasaran menyebabkan pihak pengimport serta pengilang terpaksa mengambil masa lebih dari setahun untuk memastikan semua mainan mempunyai cop MC tersebut.

"Orang ramai harus bertindak dengan bijak dan segera melaporkan kepada kementerian sekiranya menemui mainan yang tidak mempunyai cop tersebut," ujarnya.

Sementara itu, sewaktu mengulas tentang penyalahgunaan MyKad yang dilakukan rakyat tempatan untuk membeli petrol RON95 di kawasan sempadan negara, beliau berkata penyalahgunaan tersebut amat mendukacitakan.

"Kementerian akan mengkaji semula subsidi yang diberikan akibat daripada jumlah kes yang membabitkan penyalahgunaan myKad tersebut.

"Kami mahu rakyat menikmati subsidi yang diberikan tetapi akhirnya kerugian jutaan ringgit terpaksa ditanggung kerajaan akibat daripada penyalahgunaan tersebut," katanya.

kredit to - Utusan Malaysia online

ini plak, logo yg sepatutnya ada pada mainan2 tu..


p/s - tp kn, menan anak aku banyak tanda CE... apa plak CE tu stand for ye??? lamaze ngan playskool ngan fisher price tau..

nampak tak kt clothes book tu ade label.. label tu stated CE.. kompiuss... kompiuss hakak jahh
k la.. tata

with luv, mama misha

No comments: