Monday, November 29, 2010

Gigi sihat, hati mama pun senang...

salam..
entry dh lame dikarang.. tp masih x publish2.. ari ni aku nk share pasal gigi susu.. almaklumla, as to date, anak sy dh ade 6 batang yg sedang inprogress.. so sy pun cari info pasal penjagaan gigi susu ni supaya gigi anak sihat dan putih bak mutiara... hihihhi

ini yg aku jmpe.. meh aku share:

Tanda-tanda anak tumbuh gigi
1. Menangis kerana tidak selesa

2. Suka menggigit atau mengunyah
3. Melelehkan air liur
4. Demam (suhu badan meningkat sedikit)

Akan tetapi, adalah mitos ok, kalu anak demam panas sesangat sebab nk tumbuh gigi sebab infosihat.gov bgtau Pertumbuhan gigi tidak akan menyebabkan gangguan kesihatan yang teruk seperti demam panas dan cirit birit. Sekiranya ini berlaku, anak perlu dibawa ke klinik/ hospital dengan
segera.

Kepentingan gigi primer (gigi susu)
Sepertimana gigi kekal sepatutnya bertahan sepanjang hayat, gigi susu juga sepatutnya tahan sehingga gigi kekal mula tumbuh. Gigi susu kanak-kanak digunakan untuk mengunyah makanan dengan sempurna, bercakap dengan jelas dan memupuk rasa harga diri yang baik. Ia juga menyediakan ruang di dalam rahang untuk gigi kekal tumbuh. Ini dapat mengelakkan gigi kekal tumbuh senget atau bertindih. Adalah penting untuk melindungi anak anda dari kerosakan/pereputan gigi susu yang menyakitkan.

Panduan Penjagaan Oral
Baru lahir hingga 24 bulan
  • Bersihkan mulut kanak-kanak dengan kain kasa atau kain selepas makan dan sebelum tidur.
  • Elakkan membiar bayi anda tertidur dengan botol susu di dalam mulutnya kecuali ia diisi dengan air kosong sahaja.
  • Mengatur tabiat makan anak anda.
  • Berhentikan anak anda secara beransur-ansur dari susu badan atau botol apabila mencapai umur 1 tahun.
  • Berjumpa dengan doktor gigi apabila gigi pertama muncul atau jika gigi pertama tidak muncul setelah anak anda mencapai umur 1 tahun.
  • Gosok gigi dengan menggunakan berus gigi yang kecil dan lembut selepas makan dan sebelum tidur.
  • Teruskan mencuci bahagian-bahagian dalam mulut yang lain dengan kain kasa atau kain.
  • Berbincang dengan doktor gigi atau pakar kanak-kanak mengenai tambahan florida.
Umur 2-6 tahun
  • Ibu bapa perlu terus membersihkan mulut anak-anak dan membenarkan mereka mengambil bahagian berdasarkan minat dan kebolehan.
  • Mula menggunakan flos di bahagian-bahagian gigi yang rapat.
  • Berjumpa doktor gigi untuk pembersihan gigi secara berkala.
Umur 6-12 tahun
  • Mula memindahkan tanggungjawab memberus dan flos gigi kepada kanak-kanak di bawah pengawasan ibu bapa. Umur 8 tahun adalah purata umur kanak-kanak mampu memberus gigi sendiri. Manakala flos gigi boleh dilakukan sendiri apabila mencapai umur 10 tahun.
  • Kanak-kanak harus memberus gigi menggunakan teknik dan jenis berus gigi yang disyorkan oleh doktor gigi mereka.
  • Menggunakan pengedap (sealant) untuk gigi geraham kekal.
  • Jika perlu teruskan mengambil florida tambahan seperti yang telah dipreskripsikan oleh doktor.
Kanak-kanak dari semua peringkat umur
  • Tukar berus gigi setiap 3-4 bulan sekali.
  • Berus gigi dua kali sehari, iaitu selepas makan sarapan pagi dan sebelum tidur.
kredit to - www.infosihat.gov.my
utk more details, click la sini
with luv, mama misha

No comments: